Tips Untuk Bisnes Topup
Tips Untuk Bisnes Top-up
- Untuk mengelakkan masalah kekurangan modal ketika membuat transaksi jualan topup anda dinasihatkan untuk membuat tambahan modal seawal yang mungkin.
- Sekiranya anda mempunyai masalah tambah modal, produk, topup tidak masuk, dengan segera anda boleh sms sahaja atau terus call ke nombor careline 010-4160606. Jangan risau kerana syarikat mempunyai operator yang mesra pelanggan. Anda pasti akan dilayan.
- Kepada mereka yang menjual topup kepada keluarga sendiri, saudara atau teman-teman rapat anda dinasihatkan untuk mendapatkan bayaran topup dahulu sebelum memberikan topup kepada mereka. Tetapi ini terpulanglah pada budi bicara anda sendiri sekiranya anda yakin mereka akan membayar anda kemudian jadi bolehlah masukkan nama mereka ke dalam buku 555 (buku hutang). Ini bagi mengelakkan anda mengalami kerugian dan kekurangan modal pusingan kelak.
- Anda dinasihatkan membuat sendiri buku akaun untuk jualan topup yang telah dilakukan sebagai rekod supaya anda tahu perjalanan bisnes topup anda. Contoh maklumat dalam buku akaun yang anda boleh simpan : No. Telefon, Produk, Masa, Pembayaran, Tindakan/Catatan.
- Untuk penjimatan penghantaran 1 sen/sms ke no Server sila aktifkan Activ10 untuk Maxis Hotlink, Friends & Family untuk DiGi, 8pax atau Teman 20 untuk Celcom.
4 Keuntungan anda dapat melalui bisnes Top-up
4 Keuntungan anda dapat melalui bisnes Top-up
1) KEUNTUNGAN MELALUI JUALAN TOPUP
Seorang pelanggan ingin topup Celcom RM30 dan telah membayar kepada anda RM30. Maka anda pun topupkan pelanggan tersebut sebanyak C30. Sistem akan menolak modal akaun anda hanya RM28.425. Kenapa RM28.425? Kerana RM30 x 5.25% = RM28.425 (ini adalah harga belian).
Keuntungan dapat dikira dengan menolakkan RM30 dengan RM28.425 iaitu sama dengan RM1.575. Wang keuntungan ini akan berada di dalam akaun modal anda. Keuntungan topup yang terkumpul di dalam modal boleh digunakan untuk membuat topup semula.
2) KEUNTUNGAN MELALUI MENDAFTARKAN RAKAN NIAGA / AGEN JUALAN / DOWNLINE
Yuran pendaftaran ajen rakan niaga (downline) ditetapkan sendiri oleh anda. Anda akan dikenakan cas sebanyak RM9 sahaja bagi setiap pendaftaran rakan niaga anda.
Katakan anda sebagai Agen dan yuran untuk setiap pendaftaran Retail anda tetapkan ialah RM50. Seorang kawan anda berminat untuk menjual topup dan ingin mendaftar sebagai Retail di bawah anda. Dia akan membayar RM50 kepada anda untuk pendaftaran tersebut dan anda mendaftarkan dia sebagai Retail. Hasil keuntungan yang anda memperolehi daripada pendaftaran tersebut ialah RM50 (Yuranpendaftaran) – RM9 (cas syarikat) = RM41.
RM41 untuk satu pendaftaran rakan niaga, agak lumayan bukan?
Jika sebulan anda berjaya mendaftarkan seramai 15 orang sebagai Retail anda, keuntungan yang anda dapat ialah RM41 X 15 = RM615.
3) KEUNTUNGAN MELALUI MENDAPAT KOMISYEN HASIL OLEH JUALAN TOPUP RAKAN NIAGA.
Pendaftaran rakan niaga diibaratkan seperti anda membuka cawangan kedai topup anda. Anda akan mendapat komisen apabila rakan niaga anda menjual topup.
Lebih ramai rakan niaga anda, lebih banyak cawangan kedai topup anda dan lebih banyak komisen yang akan anda dapat.
4) KEUNTUNGAN MELALUI JUALAN TOPUP AGEN ANDA PUNYA DOWNLINE
Anda juga boleh mendapat komisen melalui jualan agen anda punya downline. Jadi di sini anda akan mendapat komisen berganda iaitu melalui downline anda di level pertamadan di level kedua dan seterusnya.
Katakan anda mempunyai 30 rakanniaga, setiap rakan niaga menjual topup paling minima ialah RM100 sehari. Komisyen yang andaperolehi ialah 0.25% X RM100 X 30 rakanniaga X 30 hari = RM225/bulan (komisen).
NOTA: Pengiraan ini hanyalah contoh, pendapatan sebenar mungkin di luar jangkaan bergantung kepada usaha anda sendiri.
No comments:
Post a Comment